Khamis, Mac 14

Cerpen Sejam : Apakah ?

[Cerpen yang ditulis dalam masa satu jam. Tanpa rekaan plot dan ulang semak. Lebih kepada latihan menulis sebenarnya ^_^]

 


Abah menyarung kemas pakaian hijau hitamnya. Jam tangan rolex pemberian arwah ibu dikenakan di pergelangan tangan. Sedikit minyak rambut jenama Cik Siti diratakan pada kedua belah tapak tangan dan sapu kemas ke atas kepala.

Rambut di kepala abah memang sudah lama beruban. Umur abah sebenarnya bukanlah sebeitu tua jika dibandingkan dengan uban di kepalanya. Kata orang rambut abah cepat beruban kerana tekanan kerja dan perasaan. Iyalah, membesarkan kami empat orang adik beradik seorang diri bukanlah perkara yang mudah bagi abah.

Sejak pemergian ibu dua tahun yang sudah, abah sudah banyak berubah. Abah semakin rapat dan berlemah lembut dengan kami empat adik beradik. Jika dahulu kami mengadu pada abah bahawa cikgu di sekolah memberi denda kepada kami, abah bukannya mahu membela bahkan menambah denda pula. Selalunya ibulah yang menjadi tempat kami meluahkan rasa.

Tetapi sekarang tanpa perlu kami mengadu masalah kepada abah, dia sendiri akan bertanya. Selalunya sebelum tidur abah akan menjenguk kami di bilik. Abha akan mengusap kepala kami dan bercerita kisah perjalanannya sebagai seorang askar.

Walaupun usia kami sudah berada di tingkatan menengah atas, abah tetap sahaja memanjai kami seperti kanak-kanak kecil. Terkadang rimas juga kami dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika di hadapan kawan-kawan sekolah.

“Abang long, panggil adik-adik semua turun bawah. Abah dah nak bertolak ke Sabah ni.”

Abang long yang sejak tadi aku perhatikan seperti orang gila tiada tujuan hidup termenung kosong memanggil kami semua turun.

“Abah nak pergi Sabah berapa lama ? Abah jangan pergi lama-lama tau. Nanti kalau achik rindu abah macam mana ?” Adik kami yang paling bongsu bertanya.

Abah tersenyum jantan seperti biasa. Senyuman seorang askar.

“Mari sini sayang.” Abah memanggil achik. “ Abah pergi sekejap sahaja sayang. Abah janji. Lagipun kalau achik rindu abah pun achik boleh cerita dengan Allah. Allah kan sentiasa berada dengan achik.”

Itulah abah. Sudah memang begitu cara dia mendidik kami. Walaupun usia kami tidaklah sebegitu dewasa, abah tetap akan melayan kami seperti seorang dewasa. Abah selalu mengingatkan kami bahawa Allah itu sentiasa ada untuk kami. Abah kata Allah itu lebih dekat dengan kami berbanding dengan abah sendiri. Lebih dekat dari urat leher kami.

Kami mencium tangan abah. Abah mengusap dan mencium ubun kami. Abang long yang sejak tadi macam orang gila semakin kelihatan gila.

“Abah janji akan pulang ya ?” Getar nada abang long. Riak mukanya tidak sebegitu ceria seperti biasa.

Abah hanya tersenyum seperti biasa. Dan itulah kali terakhir kami melihat senyuman abah.

Berita di muka akhbar hari ini menggemparkan kami adik-beradik. Ternyata salah satu dari tiga anggota askar yang terkorban di Lahad Datu sabah itu adalah abah kami. Tubuhnya yang berbalut bendera Malaysia itu jelas terpampang di muka akhbar.

Pagi itu abang long memanggil kami semua adik-beradik. Kata abang long abah telah terkorban dalam jalan cita-citanya. Abang long meminta kepada kami untuk sentiasa berdoa agar pengorbanan abah diterima Allah.

Petang harinya sedikit rumah kami dikunjungi wakil rakyat kerajaan yang memerintah bersama Unit Pantas Buletin Utama TV 3. Mereka datang untuk menyatakan simpati ke atas pemergian abah. Kata mereka abah adalah pahlawan negara.

Banyak juga soalan yang ditanya oleh abang wartawan tv 3. Dan soalan semakin rancak ditanya apabila mata abang long semakin merah merona. Dan antara soal jawab tersebut, mereka ada menyatakan bahawa mereka sedang dalam proses mecari dalang bagi kes pembunuhan abah.

Sebelum pulang mereka ada menyerahkan sekampit dua beras sebagai bantuan dari kerajaan. Katanya dua kampit beras itu cukuplah untuk makanan kami empat beradik selama sebulan. Dan mereka kata akan berusaha sedaya mungkin untuk membina sebuah tugu peringatan di atas pengorbanan abah. Mungkin bila kami merindui abah, kami boleh melawat tugu peringatan itu.

Malamnya pula tetamu tidak putus-putus datang berkunjung ke rumah kami. Kali ini wakil dari pihak pembangkang pula. Sebagaimana pihak kerajaan, pihak pembangkang juga datang bagi melahirkan rasa simpati di atas pemergian abah. Mereka menghadiahkan dua kampit beras kepada kami.

****

Keesokan malamnya kami empat beradik tengok berita tv 3 jam 8 malam secara berjemaah. Abang pembaca berita tu habaq kata abang long cheq kata terima kasih banyak-banyak kat kerajaan sebab bagi kami macam-macam bantuan. Dia kata abang long ajak sokong kerajaan.

Kemudian kak chik baca surat habaq keadilan. Dia tulis kata kerajaan dok buat ghamai kat rumah kami jaa. Kerajaan nak tarik perhatian untuk tarik undi jaa. Dia tulis lagi kata pihak pembangkang seikhlas hati beri bantuan kepada kami.

Dan aku yang bodoh sembab ini pertama kali merasa begitu yakin dan pandai di hadapan mereka. Duit kami ambil tetapi undi adalah rahsia....Apakah ?? –tammat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ajari Saya Menulis. Harap dapat memberi Kritikan-kritikan yang membangun.