Isnin, Mac 25

Tuhan, Melayu, Sayang..Oh

(l)
Telah roboh kota Melaka
Papan Jawa tiada kelihatan
Telah heboh janji dijaja
sekali tiada pernahku kotakan

oh tuhan..

(ll)
Layah Jentayu mencumbu Garuda
Khianat Garuda bernafsu kuasa
Terus Melayu me-layukan agama
Pasti sirna Melayu di dunia

oh Melayu..

(lll)
Syair Deramang kagumi Mahsuri
Cemburu Mahura membunuh cinta
Terus ditanam sedalamnya hati
belum sedia untuk kecewa

oh sayang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ajari Saya Menulis. Harap dapat memberi Kritikan-kritikan yang membangun.