Isnin, Januari 30

Apple Tarte Tatin

Tat epal terbalik

Pertama kali tahu kewujudan tat ni masa tengok masakan chef Ezani dalam Masterchef Malaysia. Dah lupa minggu ke berapa. Nampak menarik dan macam senang nak buat. So aku search la dia punya resepi dekat Google. Search punya search, last2 dapat la resepi yang ringkas dan senang nak buat. Ni resepi tarte tatin anak bujang..

Bahan inti
  • Buah epal/pisang/pir (ikut suka hati laa)
  • Gula
  • Butter (unsalted)
  • serbuk kulit kayu manis
  • parutan kulit oren/lemon..ambil yang luar saja, jangan ambil yang putih tu
 Bahan doh
  • Tepung gandum
  • Butter (Disagat)
  • Garam
  • Jem peach (dalam resepi asal takder..just cuba2)
  • Air ais/sejuk
Langkah 1 (uli doh)
  1. Campurkan kesemua bahan dan uli hingga sebati.
  2. Balutkan doh dengan plastic wrap. Rehatkan didalam peti sejuk.
Langkah 2 (caramelized apple)
  1. Campurkan gula, butter, serbuk kayu manis dan parutan kulit oren dalam satu loyang. Masak di atas dapur.
  2. Bila campuran dah bertukar warna keperangan (caramelized), letak buah epal yang dah dikupas kulit. Masak sampai epal lembut.
  3. Leperkan doh tadi dan serkupkan ke atas loyang epal.
  4. Bakar di dalam ketuhar selama 35-45 minit dengan suhu 180-200C.
  5. Terlangkupkan loyang.(Untuk keluarkan tat dari loyang).
  6. Siap dihidangkan
Sukatan bahan2 adalah mengikut kesukaan hati. Ini tat tatin anak bujang. Selamat mencuba ^^

*Plating tak berapa menarik sebab aku baru nak belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ajari Saya Menulis. Harap dapat memberi Kritikan-kritikan yang membangun.