Isnin, Januari 30

Salam Perkenalan

Bismillahi ar-rahman ar-rahim..Sebelum menulis ini, saya selalu terfikir bagaimana caranya hendak memulakan penulisan saya. Fikir punya fikir, akhirnya saya menemui solusinya. Mulakan Sahaja!(Memetik kata-kata Dr Faisal Tehrani).

Analoginya mudah sahaja. Seorang kanak-kanak yang baru belajar berjalan, sudah pasti langkahan-langkahan pertamanya akan menemui kegagalan. Tidak pernah ada (dan tidak akan pernah ada) kanak-kanak yang lincah berjalan, sebelumnya tidak pernah tersungkur dan jatuh. Itu fitrah.

Saya memang agak 'minat' dalam bidang sastera dan penulisan. Antara cita-cita saya sejak kecil adalah saya ingin menjadi seorang penulis yang berjaya seperti Syed Qutb dan Faisal Tehrani.

Syed Qutb adalah seorang tokoh pemikir islam yang bergiat aktif dalam bidang penulisan. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga yang kuat beragama. Antara bukunya yang terkenal ialah Tafsir Fi Zilal al-quran dan Maalim Fi al-Tariq. Dikhabarkan bahawa proses penulisan Tafsir Fi Zilal al-Quran berlangsung ketika beliau masih di dalam penjara!. Hasil penulisannya memberi begitu banyak kesan keatas perkembangan Dakwah Islam. Buktinya ialah pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966 beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan yang dibuat berdasarkan penulisan-penulisannya terutamanya buku Maalim fi al-Tariq. Beliau menulis sehingga menyebabkan kematiannya sendiri. kita??

Sebelum kematiannya, Presiden Mesir ketika itu meminta kepadanya menulis kenyataan memohon ampun agar beliau(syed qutb) dibebaskan. Akan tetapi dengan penuh 'izzahnya Syed Qutb menjawab "Telunjuk yang bersyahadah setiap kali solat bahawa Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhammad Rasullullah, Tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan".

Beliau adalah seorang tokoh yang begitu menjaga maruahnya. Beliau merasakan dirinya begitu mulia kerana merasakan ketinggian islam yang dianutinya. Kita?

Masih ramaikah manusia diatas muka bumi ini(tidak merujuk mana-mana negara) yang masih menghargai harga diri dan maruahnya. Masih hidupkah manusia yang begitu kuat menolak jutaan ringgit dengan alasan takut maruah tersepit dan dosa membukit. Masih adakah kuasa dan undang-undang(manusia) yang tidak boleh dibeli dengan harga wang picisan?

Ajari Aku menulis..

Antara tujuan saya mem'blog' ini adalah untuk melatih kemahiran menulis. Kata seorang penulis "Menulis adalah satu kemahiran yang perlu dilatih, bukan sekadar bakat azali sejak bertatih". Jadi saya sedang melatih bertatih untuk menulis. Apa yang diharap adalah komentar-komentar yang membina daripada penulis-penulis mapan agar saya mampu menjadi seorang penulis yang lebih tajam hujahnya, berani bersuara dan dapat memberi kesan dan manfaat yang berguna buat semua. 

Segala kritikan yang membina amatlah dialu-alukan. Salam perkenalan. ^^

2 ulasan:

  1. kamu tidak akan menjadi seorng penulis jika kamu bukan seorng pmbaca... ^^ ..smuanya kena mulakan dgn langkah pertma kan?? tidak ada y berjaya bgitu shja.. kan?? jom sama2 belajar untuk meningkatkan mutu penulisan....

    BalasPadam
  2. i.Allah..hobi membaca kadang2 perlu dididik dan dipaksa..takpa mula sikit2 dulu.

    BalasPadam

Ajari Saya Menulis. Harap dapat memberi Kritikan-kritikan yang membangun.