Salam. Post kali ini aku nak jadi promoter
Pembelajaran
Antara kos yang ditawarkan di sini :
- Uni. Yarmouk : Usuluddin, Usulfiqh, ekonomi islam, dirasat islamiyyah, bahasa arab-4 tahun-
- JUST : Pergigian(5 tahun) dan Perubatan(6 tahun)
Jadual kuliah kita kena susun sendiri. Suka hati la nak ambil kelas awal pagi atau petang. Kalau agak-agak sem ni kita nak tidur pagi, ambil la kelas petang sikit(musim sejuk). Takpun kalau tak tahan bahang matahari (musim panas) ambil la kelas pagi. Sehari kuliah berapa jam pun ikut suka hati kita.
Bahasa perantaraan bagi Uni. Yarmouk adalah dalam bahasa arab. Manakala bagi JUST dalam bahasa Inggeris. Bagi mahasiswa2 JUST yang teringin menambah ilmu agama, mereka boleh bermustami' kuliah di Uni. Yarmouk. Maknanya mereka boleh mendengar kuliah-kuliah Dr. di Uni. Yarmouk bersama siswa-siswa Yarmouk. Ada kelebihan di situ. Tapi kalau siswa Yarmouk nak pegi mustami' medic atau dentistry di JUST tak tahu la boleh ke tidak. ^^
Kelas tambahan di luar universiti juga ada disediakan dengan bayaran yang berpatutan. Antaranya kelas bahasa arab, al-quran dan aqidah.
Antara tokoh-tokoh kelahiran universiti2 di Jordan ini ; Ustz Zaharuddin(Yarmouk), Dr. Maza(Uni. of Jordan), Ustz Hasrizal (Mu'tah).
Kos Sara Hidup
Setiap individu memerlukan kos sara hidup yang berbeza-beza. Secara umumnya kos sara hidup setiap bulan dalam lingkungan RM 700-RM 1000. RM 700 tu kira dah boleh hidup la (takder la mati kebuluran). Kalau RM 1000 tu kira dah hidup mewah dah.
Bagi yang kurang berkemampuan jangan risau. Pintu rezeki orang yang menuntut ilmu ini sentiasa terbuka luas. Kita cuma perlu yakin dan percaya. Ikhlaskan niat dan bersungguh-sungguh, insyaAllah Allah akan menjaga kita.
Jabatan zakat setiap negeri ada menyediakan peruntukan zakat untuk setiap mahasiswa. Kuantitinya bergantung kepada negeri masing-masing. Sebagai contoh negeri Kedah memperuntukan RM 5000 per tahun, Terengganu RM 9000-ke atas dan Perak RM 6000.Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, ada arab-arab & doktor-doktor Uni. turut sama memberi bantuan.
Tempat Pelancongan
Apakah yang lebih utama bagi kita yang menyambung pelajaran di luar negara selain daripada berjalan-jalan dan melancong? hehe...Bumi Jordan ini terkenal dengan tinggalan-tinggalan sejarahnya yang bermula sejak era pemerintahan Rom lagi. Antara tempat-tempat menarik yang wajib di lawati :
Petra, 7 wonders in the world. |
- Petra. Tempat shooting Transformers, Indiana Jones dan Nur Kasih the movie.
- Makam2 para sahabat Rasulullah.
- Aqabah. Pusat peranginan berpantai
Aqaba |
- Laut mati.
Laut Mati |
Kalau di luar Jordan, siswa-siswa (selalunya yang dapat tajaan) selalu melancong ke Turkey, Mesir, Spain, UK, Rusia dan lain-lain. Kami yang private ni selalunya akan sakit hati la tengok member-member tajaan pergi jalan-jalan. Apa-apa pun kena sentiasa betulkan niat. Kita datang sini nak belajar, bukannya nak jalan-jalan saja.
Cabaran
Bila kita duduk di negara orang, jauh dari keluarga, cabaran utama semestinya perasaan rindu kat keluarga. Rindu masakan mak. Rindu kat adik-beradik. So kepada mami-boys dan dedi-girls sekalian, kena prepare awal-awal la. Kalau yang dah biasa duduk asrama masa kat sekolah dulu, ok laa. Tapi jangan risau sebab kawan-kawan dan senior-senior kat sini baik-baik belaka. Kira macam satu keluarga juga laa.
Cabaran
Bila kita duduk di negara orang, jauh dari keluarga, cabaran utama semestinya perasaan rindu kat keluarga. Rindu masakan mak. Rindu kat adik-beradik. So kepada mami-boys dan dedi-girls sekalian, kena prepare awal-awal la. Kalau yang dah biasa duduk asrama masa kat sekolah dulu, ok laa. Tapi jangan risau sebab kawan-kawan dan senior-senior kat sini baik-baik belaka. Kira macam satu keluarga juga laa.
Selain itu, cabaran lain yang agak membengangkan dan membengongkan juga adalah sikap masyarakat arab itu sendiri. Kalau yang jenis baik macam doktor-doktor universiti takpa. Mereka ihtirom sikit bangsa-bangsa asing ni. Tapi kalau dapat yang jenis huha-huha tu, yang jenis minta kaki tu kena bersabar sikit la.
Bab arab ganggu ni jangan risau sangat, sebab masyarakat melayu kat sini sangat prihatin akan keselamatan sahabat-sahabat yang lain. InsyaAllah.
Penutup
Akhir sekali, walau sehebat mana pun negara itu, semegah mana pun institusi pengajian itu, segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Sikap kita hari ini yang menentukan siapa kita pada esoknya. Pergilah belajar sejauh mana sekali pun, kalau diri sendiri pun kita tak tahu nak uruskan, hancuss juga last sekali.
Tulisan ni sebenarnya nak tujukan kepada junior-junior sekolah lama aku dulu secara khasnya dan kepada sesiapa yang teringin nak sambung belajar kat Jordan secara umumnya. Nak suruh depa mai sini ramai-ramai sikit. Mai buat ghamai. Baru ada geng sekepala. Harap-harap ada la yang nak mai sini tahun depan. Amin.
*Link-link yang berkaitan
Salam.. Akhi.. ana berminat lah utk ke pegi.. tp skrg ni ana tgh mengamibl foundation di UIA dalam bidang engineering.. apa pendapat nta ?? adakah ana perlu teruskan di sini?? atau meneruskan pelajaran di sana?
BalasPadamwsalam..hmmm terpulang laa kat enta, ana nk bagi pendapat ni tak reti sangat..ikut minat laa, mana-mana pun ok je. Ana pun sebelum spm nak sambung bidang sains, lepas spm bbaru buat keputusan drastik, sambung ke deeniyah. Artikel menarik dari uzar..http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/981-inginkan-ulama-malaysia-seperti-al-qaradawi.html
BalasPadamNama saya Tanpa nama. Cuba teka siapa saya?
BalasPadamNama anda Tanpa nama. Saya teka anda sungguh 'lawak' ^^
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya dapat tawaran KTD..
mana satu saya nak masuk??
wsalam,
BalasPadamIkut la yang mana yang terbaik utk islam dan utk diri sendiri. Kalau rasa masuk KTD lebih baik, masuklah KTD. kalau rasa tempat lain lebih baik, masuk la tempat tu.
Spm Bahasa Arab penting ke untuk masuk university ni? :)
BalasPadamJUST ade kos engineering x?
BalasPadamBahasa arab memang penting untuk belajar di sini. Tapi ada jaa yang baru mula belajar asas bahasa arab kat sini..
BalasPadamJUST ada kos engineering. Tapi rasanya better ambil di malaysia. Kalau medic atau pergigian sini ok laa..
semua students malaysia yang belajar dekat Jordon ni, kena belajar dalam bahasa arab ke? kiranya, syllabus dlm bahasa arab ? saya dapat tawaran syariah ke Jordon. adakah saya pun kena belajar dalam bahasa arab untuk semua subjek ??
BalasPadamUntuk kos usuluddin dan fiqh usul silibusnya semua dalam bahasa arab. Kos ekonomi dan perbankan islam silibusnya separuh english separuh bahasa arab..
BalasPadamsykran inform :)
BalasPadamAssalamualaikum..kawan saya pegi joedan sementara nk tunggu result spm keluar katanya kursus bahasa arab..boleh jelaskan tak mcm mana nk msuk kursus nie..
BalasPadamAssalam, sy nk minta tlg beri contact student di jordan yg boleh jadi tourguide di sana, boleh x? yunique_07@yahoo.com
BalasPadamassalam.. saya calon spm, saya berhasrat utk melanjutkan pelajaran di jordan dgn mengambil course ekonomi islam.. saya krg fahan ttg "sponsor" seperti yg ditertera di atas? adakah ada kelayakan utk dapat tajaan drpd kerajaan?
BalasPadam*faham,, maksud saya kene dapat brp a utk pergi ke jordan
PadamAssalamualaikum. Ana berminat utk menyambung ijazah sarjana dkt jordan, boleh ke tak utk pindah kredit utk subjek yg telah kita pelajari dkt diploma?
BalasPadamNkn tngok requirement utk perbankan islam mcm mna
BalasPadamassalamuaalaikum tuan, dirasar islamiah tu sebenarnya balaja psl ape ye
BalasPadam