Rabu, Februari 1

Zealous Lasagne Verdi & Salsa Paprika

   Salam. Entri kali ini aku nak kongsi dengan hangpa semua resepi spesial yang aku bagi nama Zealous Lasagne Verdi & Salsa Paprika (panggilan mokcik2 kat kampung aku). Kalau pokcik2 belah KL panggil Lasagna hijau bersemangat & sos lada bangla benggala. Aku pun tak pasti la salsa tu sama atau tak maksud dia dengan sos, sebab aku translate pakai Goolge jer.

Zealous Lasagne Verdi & Salsa Paprika
    Fakta ringkas mengenai lasagna, makanan ini popular dalam kalangan masyarakat Italiano. Dikatakan ianya berasal daripada zaman greek purba kala. Ada juga pendapat yang mengatakan ianya berasal daripada sebuah sajian english yang dipanggil Loseyn, yang telah mengalami beberapa kali revolution dan evolution yang melampaui paras keluarbiasaan.

     Kita letak sebelah dulu auta fakta tersebut. Tak kesah la benda alah ni asal dari mana, yang penting aku memang alah dengan benda ni. Alah jumpa telan juga(jadi x lawak aku?). Lasagna ni aku guna daging kambing, arab laa katakan. Ok ni resepinya. Anak bujang's style, sukatan bahan-bahan ikut tahap keimanan masing-masing.
a) Lasagna
Tiada dalam gambar : Tomato tin, keju ricotta
  • Pasta lasagna (rebus bersama sedikit garam)
  • Daging lembu/ayam/kambing cincang
  • sausage
  • telur ayam
  • tomato dalam tin (potong dadu)
  • tomato segar (bakar sampai hitam, buang kulit, potong dadu)
  • pes tomato
  • sos tomato
  • bawang besar
  • bawang putih (tumbuk)
  • lada benggala ( saute sekejap dengan minyak atau mentega)
  • cili padi (tumbuk)
  • keju mozzarella (Parut dan campur bersama telur ayam yang telah dipukul)
  • keju parmesan
  • keju ricotta/cottage
  • daun Basil(selasih)
  • Italian seasoning(thyme & oregano)
  • lada hitam/sulah
  • Minyak masak/mentega
  • garam

  1. (Sos inti) Goreng daging, sausage, bawang besar, bawang putih, lada benggala, cili padi dengan minyak/mentega sehingga keperangan dan semuanya sebati dan harmoni.
  2. Masukkan tomato segar dan tomato tin. Kemudian pes tomato dan sos tomato.
  3. Biarkan seketika. Masukkan daun Basil, italian seasoning, lada dan garam.
  4. Sapu sedikit mentega dalam loyang.
  5. Mulakan proses lapisan dengan pasta lasagna.
  6. Diikuti dengan lapisan sos inti.
  7. kemudian lapisan kesemua jenis keju.
  8. Ulang langkah 5-7 sampai puas hati.
  9. Lapisan akhir dengan keju mozarella dan parmesan.
  10. Masak dalam ketuhar yang telah di preheat selama 30-40 minit dengan suhu 180-200C.
  11. Siap dihidang.
Sebelum dan selepas masak
b)Sos lada benggala
  • Lada benggala (Bakar sampai hitam, buang kulit, potong kecil)
  • mentega
  • bawang putih
  • air stok ayam
  • lada hitam
  • garam
  1. Tumis bawang putih dan lada benggala seketika.
  2. Masukkan air stok ayam. Reneh seketika.
  3. Kisar sehingga halus di dalam pengisar. Tuang semula ke dalam periuk.
  4. Tambah sedikit garam, lada hitam dan mentega.
  5. Siap dihidang.
   Lasagna tu biar sejuk sikit baru potong. Aku tak tau la lasagna ni sesuai ke tak di duetkan dengan sos lada benggala. Kalau hangpa rasa lasagna tu agak tak masuk dengan sos lada benggala, hangpa makan kosong saja lah ataupun dengan sos cili. Kat Jordan ni sos cili dia sama macam sos tomato malaysia. Tak pedas langsung! Ceroi punya arabs.
   Kalau siapa ada tips yang lebih powor(dengan lohgat jowo) minta kongsi la sikit naa. k-bye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ajari Saya Menulis. Harap dapat memberi Kritikan-kritikan yang membangun.